Oh..nikmat bila menjejakkan kaki di Tanah tumpahnya darahku.Bagai segala masalah terbang bersama lajunya bas Transnasional itu,Walaupun pondok buruk yang menanti mahupun kenangan usang yg menunggu,semuanya kenikmatan merungkai segala emosi yg sgt luar biasa ini..rumah bernombor 51..kau tetap dihatiku!
Sesudah subuh kena cargas meribut ke Parit Buntar,bermaharaja di highway(naik perdana maaa..160 tak goyang)bersama rombongan Che Chah ke Majlis persaraan abg ipaq aku aka Sarjan Nazir.Plan nak terus ke Penang tapi Makyang dah sakit2 perut..saspen gak ler kot2 nak terberanak walopun baru 7 bln..sape yg blh buat jangkaan bom atom tu kan..makanya,usai me"repeat" juadah yang terhidang dan tak terkuali yg mandai2 pi amik sdr..rombongan kami pun pulang ke rumah bernombor 51.Melepak sambil pekena manggis dan durian..alamak..lupakan kolestrol seketika!
Meluangkan masa yang tak berapa nak terluang untuk bertemu sahabat lama..muka buku bukanlah sistem rangkaian yang terbaik walaupun secara teorinya kita semua tau..itulah yg terbaik.Jadi aku melapangkan masa merempit ke umah nya.Dia seperti biasa,seperti yg aku kenali,seorang mmg sgt ceria,seorang yg sgt manis wajahnya senantiasa!
Perbualan bermula dgn kesah chentanya bersama kekasih lama hancur di pertengahan highway dan dilanggar lori balak.Maka hancur luluhnya hatinya sehingga menampakkan jernih2 putih yg seakan tak tertakung dek kelopak mata..haruslah aku menghentikan segalanya semoga wajah ceria dia yg senantiasa menjadi idola aku itu kembali bersinar..tak payah la nak simpan airmata mu itu sahabat,aku sangat arif utk memahaminya(gile eksen statement ni)
CINTA:
Jika kamu lari darinya,cinta takkan pernah menjauh.
Jika kamu mengejarnya,cinta tak pernah kekal denganmu.
Jika kamu berhabisan utknya,cinta takkan pernah menilaimu.
MAKANYA,
Jgn mudah mengalah demi kerana cinta.
Jgn terlalu mudah diperdaya cinta,
CINTAI DIA YG SATU,
YANG TAKKAN PERNAH LUPA UTK SENANTIASA DISAMPING KAMU,
YANG TAK PERNAH JEMU MENDENGAR KELUHANMU.
0 comments:
Post a Comment