BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PESANAN DARI TUAN TANAH:

LiFe Is too sHoRt

So kIss sLowLy


LaUgH iNsaNeLy

&


FoRGiVe QuiCKLy







Sunday, July 31, 2011

Puasa

1 August bersamaan dengan 1 Ramadhan ditahun 2011 ini.

Makanya,
Hari pertama berpuasa dan hari ini jugalah hari kelahiran Ayahandaku Abd Halim B Meor Idrus.Moga dengan terbukanya hijab Ramadhan ini,terbukalah juga keampuan buatnya.Moga ditempatkan dikalangan yang terpilih olehNya.

Berterawih bersama Adam malam tadi.Aqil aku tinggalkan dekat Kak Ani.Alhamdulillah!Selesai ngan jayanya.Moga penuh terawih aku Ramadhan tahun ini..Amin!

Bersahur dengan Ketam+nenas masak lemak(tak ngalah!)Adam bangun sendiri,sblm tido dah ajar dia doa puasa.Dia Berjemaah dengan babanya subuh tadi disurau depan.Tapi kol 7.30pg dia bangun pekena sirap baekkkk punya.

"Eh mana blh minum dan mkn smpi petang".Kata mamanya.
"Alaaa dahagala..minum sikit je..tak blh ke".Jawab si Adam.

Adoinyerrr..dah namanya puasa Adam oii..Sabooo jer la!

Friday, July 29, 2011

Ya Ramadhan

Buat semua umat islam(walaupun yg tak paham bahase melayu tu) selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Moga apa yang kita harapkan utk setiap kali Ramadhan menjelang, menjadi kenyataan.Islam itu mudah dan indah.Pose yeop!Jgn gastrik tiap tahun.Pose tu nak nyuci usus mike mana yang patut..bkn saje2 Tuhan nak soh mike pose neh.

Bila terbukanya hijab Ramadhan,maka tertutuplah pintu kejahatan dan menangislah segala jenis Syaitan.Jgn Setan yang kat dunia ni plak menjadi-jadi.Biar ISetan tu je yg menjadi-jadi buat SALES tuk raya.Ya Ampun!
Selain itu,jemputan demi jemputan akan kau terima,untuk berbuka puasa bersama disusuli open house time raya..Buffet2 yang pelbagai..serta email menu2 berbuka puasa(tomyam panas..adeh!Tewas)Tak ketinggalan biskut2 contoh tuk juadah raya..Bukan itu yang Tuhan suruh nak oii, DIA soh kita pelbanyakkan amalan..antaranya solat taubat,tarawih,Kiamulai,mengaji Quran..bukan soh memperbanyakkan koleksi tdung raya,langsuir eh langsir raya..beskut raya(hekleh!poyo cekda)Ingat mengingati la eh..tuk kome-kome..tuk awok juge.


Tuesday, July 26, 2011

Owh HD

Qhimeh haku ngan org yg tak nyempat-nyempat ni..kalu nak tak reti nak tunggu tapi bila dah dapat,senyap..mekaseh pun tidak..apa punya olang!lahabau lu

Oiii mangkuk,
tipu la kalu wa kata wa tak jeles..kannnn??
Lu bawak cool ja..terkangkang cam tade utang..
Lu cilok wa punya jalan tapi tak angkat tangan pun..of kus wa jeles..deruman bunyi HD lu tu..perghh!!sumpah wa sakit ati!

Camne laaa agaknye muka ai menunggang moto itam ni kan..

CAM DAH BOSAN NGAN RUTIN HIDUP YANG DAH MENJADI TERBIASA NI

Monday, July 25, 2011

C I N T A

Oh..nikmat bila menjejakkan kaki di Tanah tumpahnya darahku.Bagai segala masalah terbang bersama lajunya bas Transnasional itu,Walaupun pondok buruk yang menanti mahupun kenangan usang yg menunggu,semuanya kenikmatan merungkai segala emosi yg sgt luar biasa ini..rumah bernombor 51..kau tetap dihatiku!

Sesudah subuh kena cargas meribut ke Parit Buntar,bermaharaja di highway(naik perdana maaa..160 tak goyang)bersama rombongan Che Chah ke Majlis persaraan abg ipaq aku aka Sarjan Nazir.Plan nak terus ke Penang tapi Makyang dah sakit2 perut..saspen gak ler kot2 nak terberanak walopun baru 7 bln..sape yg blh buat jangkaan bom atom tu kan..makanya,usai me"repeat" juadah yang terhidang dan tak terkuali yg mandai2 pi amik sdr..rombongan kami pun pulang ke rumah bernombor 51.Melepak sambil pekena manggis dan durian..alamak..lupakan kolestrol seketika!

Meluangkan masa yang tak berapa nak terluang untuk bertemu sahabat lama..muka buku bukanlah sistem rangkaian yang terbaik walaupun secara teorinya kita semua tau..itulah yg terbaik.Jadi aku melapangkan masa merempit ke umah nya.Dia seperti biasa,seperti yg aku kenali,seorang mmg sgt ceria,seorang yg sgt manis wajahnya senantiasa!
Perbualan bermula dgn kesah chentanya bersama kekasih lama hancur di pertengahan highway dan dilanggar lori balak.Maka hancur luluhnya hatinya sehingga menampakkan jernih2 putih yg seakan tak tertakung dek kelopak mata..haruslah aku menghentikan segalanya semoga wajah ceria dia yg senantiasa menjadi idola aku itu kembali bersinar..tak payah la nak simpan airmata mu itu sahabat,aku sangat arif utk memahaminya(gile eksen statement ni) 

CINTA:

Jika kamu lari darinya,cinta takkan pernah menjauh.
Jika kamu mengejarnya,cinta tak pernah kekal denganmu.
Jika kamu berhabisan utknya,cinta takkan pernah menilaimu.

MAKANYA,
Jgn mudah mengalah demi kerana cinta.
Jgn terlalu mudah diperdaya cinta,
CINTAI DIA YG SATU,
YANG TAKKAN PERNAH LUPA UTK SENANTIASA DISAMPING KAMU,
YANG TAK PERNAH JEMU MENDENGAR KELUHANMU.






Wednesday, July 20, 2011

POLO-DUIT

Esok last mengkhatam product Hong Kong..not that complicated but it's so irritating..semua benda nak forms n forms n forms..kunun paperless system(kejadah eh)

Esok jugak nak cargas balik kampung..naik bas je anak branak..ater..ujung2 bln,naik bas je ler..lagipun,leh aku tido je kan,takyah nak drive jejauh tu(alasan org tak berduit)
Maka misi wiken ini adalah ke Kedai Empat bagi menghadiri majlis kesyukuran sempena abg ipaq aku pencen.Kalut dia soh balik jugak..selang 5 jam nalipon..sian plak sebab orang tu mengharap sgt..kan??Sebab aku diminta menjadi supir utk membawa rombongan Cik Kiah ke lokasi..tapi minyak full tank,duit tol provided plus perbelanjaan ketika singgah di Petronas(gile demand supir ni)Mesti dia nyesal kan..hiks!

Setelah berusaha keras berjalan jauh2 bagi mendapatkan my fav drink "Mocha Latte"..semangat utk meneruskan keje sampai kol 6 menjadi-jadi(bunyi cam poyo sgt la)..dan tersinggahlah di booth POLO..ouch!POLO 4 tu baunyer setim noks..bila aku kepoh2 gak soh si salesman tu sembur kat tangan..dia kata:
"ni tuk man kak"
"ko sembur je dik..bau man..women laa kena komen" sambil menjeling kpd sahabat yg tgh survey perfume..walhal..aku memang suka perfume lelaki(cam tak normal je kan)






Monday, July 18, 2011

besday

Tengah sebok2 bg training tuk new joiner tetiba pintu diketuk. PA kepada big bos panggil,katanya big bos nak discuss something.So gua pun cargasla ke bilik bos.Bos kasik "red elephant" made in India sebab last week dia ngan project manager ke sana.Then bos mulakan bicara dengan bercerita tentang pengalaman menaiki TAK TAK..aku dengar penuh kusyuk sambil tergelak-gelak sebab cara bos aku bercerita ni mmg gile kelako!Tetiba pintu diketuk dan...SUrPriSE!!!!!!DAMN!!!

Cisss..normally aku PRANK org...skali aku kena balik..But its sooo luvly..i luv it..thanks to my beloved teams and manager.This is the strong reason why am still here!

Moga pada usia yg dah setengah abad ini,aku menjadi insan mulia yang terpilih,Moga segala kukusutan dan kesedihan dlm hidup aku berakhir,Moga aku menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali,Anak yang tidak derhaka.AMIN!

Ucapan demi ucapan aku terima..tapi mak ngan adik badik semua tak call lagi...benciiiiiiii

Aku teringin sangat nak dengar ABAH ucapkan besday..Teringin sangat nak cium tangan dia dan peluk ABAH.

Thursday, July 14, 2011

Ustaz & Rocker

HAHA!! Memang aku nak tergelak tak hengat ni..sebab dulu dia kutuk aku bila aku emo ternganga mengadap cite hindustan..eloo..i ada taste k..bkn semua cite hindustan tu aku layan..yg selected je!Tapi yang syiok mlm smlm bila si suami beriya-iya menemankan aku nengok cite DHADKAN..walhal dah dekat 8 kali aku khatam cite tu..ngee..bukan apa..aku suka lagu2 dlm movie tu..jln ceritanya bersahaja tapi skrip mendalam ya amat! Tapi yg pastinya...aku suka Mahima Chaudhary tu..rambut kau cantek yo!


Klip dlm lagu aksari sar duniamey
(haaa jgn ko tak caya..aku hafal lagu ni wokeh)

Tapi ada dua lagi perkara yang membuatkan aku tergelak besar smlm..masa aku sebok sidai baju petang smlm,dua hero aku bergaduh ngan anak2 jiran(perang mulut je pun)tapi punyalah riuh rendah dibuatnya.Memandangkan aku dah rimas mendengar..aku cuba takut2kan hero2 aku tu.
"Adam..Aqil..jgn buat camtu..nanti dia bgtau mak dia aaa..mak dia garang".Kata aku ngan mimik2 muka skali.
"Eleh..Adam tak takut langsung sebab mama adam...lagiiiiii garang".Bersungguh beno dia.Aqil pulak sambung.
"Haah..mama kita kuat..tangan dia kerassss".

ngeeee aku tersengeh-sengeh..bangga la kunun..poodah!

Yg keduanya plak:
Aku suruhla 2 org hero aku tu solat maghrib..Xcited derang berdua..Sambil si Adam melipatkan lengan bajunya dia menyanyi.

"Ingat mati..ingat sakit..ingatlah saat kau sulit.."

Si Aqil plak menyambung sambil dia tgh lipat kaki seluar.

"Kalau cintaaa..jgn tacauu..kalau cayang tak perlu malah"

Lirik sebenar adalah:

"Kalau cinta jgn kacau..kalau sayang tak perlu marah"

Aku dah tergolek-golek gelak..Sorang ustaz yg sorang lagi rockers..aduiii!


Ustaz Adam

Si Aqil yg byk AKAL

Wednesday, July 13, 2011

pelan-pelan

Bila yang dirancang tak menjadi..hangin ko!
Bila yang dimintak tak dapat..tensen ko!
Bila yang diangan-angankan tak menjadi reality..emo ko!

Ni pehal ko che eda?
Kalo marah pun pelan2 la..toksah melebih-lebih.Agak2 ler..kan!

Oiii..
Yang hangin sgt tu sebab gua dah plan baekkkk punya..last2 mike wat bodo je.
Yang tensen sebab mintak2 tak dapat tu..sebab bila mike order bagai2 sepantas kilat gua selesaikan.
Yang emo sangat tu..sebab gua berangan ala mat jenin end up..mike tak tlg merealisasikannya..

BOLEH ALASAN CEMTU??
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh laaaaa boleh laaaa boleh laaaaa

Monday, July 11, 2011

Diminta utk memberikan training buat kali yg ketiga pada org yg sama.Bukanlah sesuatu yg baru tapi sesuatu yg membuatkan aku pelik dan heran.Jam bergerak ke angka sebelas dan dia dlm keadaan tergesa-gesa masuk ke dlm training room.Aku cam besa(berlagak selamba,control ayu)

Aku mulakan dgn menegur dimana kelemahan dan kekurangan yg ada padanya..tapi bukanlah hal2 personal dia yg aku memamg maleh nak ngambik tau.Tetiba dia yg sedari tadi diam memulakan bicara.Daripada training yg sepatutnya aku berikan berubah ke sesi kaunseling(omaigat!aku dah jadi kaunselor??)

Aku mengharapkan esok dia dtg sebagai org baru..bkn seperti yg aku kenal dia hari ini(blh?)

Apa yg aku pelajari dari session ini adalah:

1. Cinta boleh buat org tak tentu hala.
2. Bilakamu hilang keyakinan dlm diri kamu,hiduplah kamu seperti lembu yg dicucuk hidung..end up?There's no satisfaction!.
3. Bagus jugak mak ajar aku macam mana nak berdikari dan jangan terlalu mengharapkan harta org tua(oii kuar tajuk..gedebik!)




Wednesday, July 6, 2011

INGAT

Kesempurnaan tidoku terganggu gara-gara menerima pesanan ringkas dari si PUTEH yg dah lama menyepikan diri.What a miracle!Baru semalam aku teringatkan dia.Jadi betulkan apa yg dikatakan
"Kalu kita ingat kat dia,dia pun ingat kat kita"
Thus,rajin-rajinla ingat kat saya ni ye,pastinya saya akan sentiasa ingatkan awak..keke



Tuesday, July 5, 2011

bersih.kebersihan

Bila kamu bodoh untuk membicarakan tentang hal ehwal agama, kamu dengar dan belajar.
Bila kamu bodoh untuk membicarakan tentang hal ehwal politik, ko dok diam2 jgn memandai2 nak ngomen.Ini tak,sape Menteri Kesihatan pun terkial-kial nak menjawab lagi nak ngomen pasal itu tak elok ini tak elok.Manusia jenis ni pun ada!


Dulu aku mmmg sangap kalu bab2 politik ni.Sejak mengenali si suami,ilmu politik aku menjadi-jadi(gaya poyo)Tapi tiapkali kengkawan membicarakan tentang politik,aku yg sangap ni hanya akan diam,dengar dan bertanya soklan2 berkaitan topik.Istilah nak memandai ngomen,takde maknanyer.Toksoh cari pasey kata org perak.


Kecoh pagi2 nipasal perhimpunan BERSIH yg menyebabkan road block sana sini n of kos la jalan sesak kat KL ni.Status2 fesbuk kengkawan pun semua berkesah tentang BERSIH dan kesesakan lalu lintas sementa itu lah komen2 bodoh pun ada(pa pe je lar)


Tetiba aku tingatkan di PUTEH aku tu.
Apa kabo dia agaknyer.Windu nak gosip-gosipan.

O>M>G

Kerana terlalu banyak bercakap (trained the new joiner maa) tekak aku dah luka balik. Haaaaaa see! its ain't easy to earn money(kannn?)Tapi bila dah bargaji..umangaii..blanja ngalahkan anak menteri!


Sengaja habiskan training cepat2 sebab takleh nak focus dah..penyakit org malas yg takleh wat keje lebih.Baru nak happy2 melepakkan diri di meja sendiri,tetiba big bos panggil(uih..saspen siot)
Oh Oh..thought he want to discuss about my Urgent Leave..skali..pasal another TL resigned(O to M to the G..OMG!)Terkedu seketika!


People in and out
Honestly,It's a BAD NEWS.
Terpempan daku seketika.Tapi apo nak dikato,betta offer,why not..(bila laaa turn aku nak sampai ni..haiz)
Melepak-lepakkan diri ngan geng2 mengulor setelah agak berbulan tak buat gitu memandangkan dah insaf2 blaka.Gosip2 cam besa,lega sket bila dpt share mana2 yg patut(baek pny alasan)


hmmm nothing much.
Moga aku cepat senang..bukan nak kaya (AMIN 44X)



Gambar yg sangat tak kena ngan tajuk..penyakit sewel!

Sunday, July 3, 2011

Lebih Baikkk

Berakhir sudah satu kekusutan yg aku alami.My little Aqil discharge sabtu lepas.Tetamu bertemu tetamu aku terima sabtu sampai ke ahad.Alhamdulillah!Dia kembali aktif dan lasak tapi menjadi-jadi pulak perangai manja dan cemburunya.Besala..si bongsu!


Terkinja-kinja sensorang nengok BOla Malaysia bertemu Taiwan sampai Adam menegur
"Mama..sabar sket..duduk elok2..kita mesti menang punya"
Errr..Mak terlebih sudah!
Aloh..bagi la mak chance..melepaskan stress yg sedia ada.Nak tengok wrestling melampau sgt dah tu kan..so mak layan bola dan sememangnya mak mmg suka BOLA!HOHO!!


Pssttt...montot player2 bola ni tonggek eh!


Menerima INVITE dr sahabat lama dr sekolah rendah smpi ke menengah..tapi memandangkan aku kurenggg bijak dr dia..so dia ke UNI aku kolej swasta je. Eh eh..bgsnyerrr fesbuk ni..menemukan sahabat2 lama yg sememangnya di cari2..dan smpi la ke secret admire ms kat sekolah dulu pun terjumpa balik..kelassss!!


Had a chat smpi tak sedar diri yg awak tu bukan muda lagi CHE EDA oii..anak2 tu nak tido..cer bawok2 berenti ngadap Galaxy 5 mike tu..Opsss!mahap..


MOGA HARI INI..LEBIH BAIK DARI SEMALAM.
MOGA HARI ESOK..LEBIH BAIK DARI HARI INI.



Ya Rab!
Bekalkan aku dengan kekuatan,
Bekalkan aku dengan kesabaran,
Demi ujian2MU,
Demi ke Firdausi MU,
AMIN!!