BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PESANAN DARI TUAN TANAH:

LiFe Is too sHoRt

So kIss sLowLy


LaUgH iNsaNeLy

&


FoRGiVe QuiCKLy







Thursday, September 23, 2010

DARAH

Dlm dok korek2 email lama ni, ternampak plak tentang email yg bertajuk jenis darah dan keperibadiannya.Jadi sementa itulah wa pastekan kat blog baru wa neh. Kita mulakan dgn kategori darah tuan tanah dulu yer..tattaraaa..

DARAH  AB

Tenang  dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang  jelas terpancar dalam  diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB  ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini  menjadikan individu  yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk  berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu  perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat  keputusan sendiri.Jangan biarkan orang lain membuat  keputusan untuk  diri kamu sendiri.

DARAH  O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan  sebagai individu yang  setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan  dan kebolehan  diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat  ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang  ingin dilakukan  khususnya yang melibatkan kerja-kerja  berkumpulan.
Sekiranya  menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk  mencapai matlamat  tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya  kamu dikatakan  memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu  juga terlalu  serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan  tekanan kepada  diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih  bijak mengawal  emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan  tekanan.

DARAH  A
Keharmonian  dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.  Kamu gemar melakukan  kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan  diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling  mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang  untuk bekerjasama  dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam  diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam  kategori individu  yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun  ada kalanya  kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan  tidak mengendahkan  langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu  diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan  diri pula yang terabai.

DARAH  B
Sempoi!  Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih  selesa dengan  kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu  yang terlalu  jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan  sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya  dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan  fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua  situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak  bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari  dan tidak  gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri  mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.  Kamu harus  ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

BEE,
Kamu darah O kan?? hmmm

Rajin2 menderma dara eh darah

Peace be with you peeps

0 comments: