BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PESANAN DARI TUAN TANAH:

LiFe Is too sHoRt

So kIss sLowLy


LaUgH iNsaNeLy

&


FoRGiVe QuiCKLy







Wednesday, September 29, 2010

BERISI

Memanjakan diri yg jarang dimanjakan bersama 2 lagi sahabat usai perut yg tak berapa kelaparan ini diisi.Dimanakah lokasinya??yeah..thai odyssey MV bebeh..Worth it!!

Apa dan bagaimana lagi masa2 yg terluang ini untuk diisi??kalu poket penuh berisi lain citer.

Sigh!!

YANG

Conference call..conference lagi..lagi..lagi dan lagi..siyes rasa nak muntah!!Part paling best bila kami bertiga tinggalkan seorang manager ni sorang2 dlm meeting room(sebab pakai laptop dan conference atas nama dia..haha!!)

Akak wa sms pagi2 buta td tanya apsal bertekak ngan mak smlm.Bkn bertekak,cuba menjelaskan je.Tapi hangpa tak paham2 jugak,jadi maleh wa nak menjelaskannya lagi.Sudah2la tu,wa dah stress jgn nak tambah luka yg sedia ada(poyonyer ayat..yucks)

Nothing special.Kepenatan,stress,tensen dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya.

======================

Perkara-perkara yg membuatkan gua naik meluat:

-MSN/SMS semata nak ckp HAI/HELLO.
-Yang asyik bertanya apsal tak dtg umah dia.
-Yang sebok nak tau,apsal muka u mcm ada mslh jer.
-Yang memandai-mandai nak bg nasihat walhal tak pandai mana pun.
-Yang paling aku benci "APSAL KAMU SEPI TANPA BERITA"

++++++++++++++++++++++

Sunday, September 26, 2010

DRAMA

Masih berhempas pulas untuk menghabiskan tugasan yg diberi..bagi memastikan PAS berjaya sejaya-jayanya.Usai sesi pagi,wa pergi mendapatkan seorang manager bg berbincang tentang sorang staffnya..tup-tup berita yg sungguh tak sedap didengar halwa telinga wa..

"new hire HK masuk 4 oct ni, u nak buatkan training or Ms X"

Tetiba rasa lutut ni takleh nak ditegakkan.Adeh!!kini dada menjadi sasaran seterusnya,tiba2 nafas tak selancar hari2 biasanya...DUGAAN!!

Tu baru dua kesah sblm mencecah jam 12pm utk hari ini.Ada lagi 6 jam untuk dihabiskan isnin ini.Apa2pun gaji terapung hari ni(berjayala menurunkan kadar kolestrol dlm darah kala ini)

eh eh eh tetiba plak windu kat mak,ni gara2 citer kemaafan yg tertangguh mlm minggu lepas.

"nape mama nangis??"

Ptg stim la Junior wa neh,ingatkan tutup lampu wa leh melayan prasaan,tak prasan plak JR leka memerhati.

"sian kat mak dia tu,dah mati,tak sempat nak raya sama2"kataku mencuba nasib.

"mamaaaaa..jangan mati yerr"

tetiba JR wa bersuara, lagilaaaaa merambu air mata wa neh..drama bertemu drama plak mlm mgg aritu..

JR inilah yg suka menghukum mamanya yg "sgt" rajin mengemas rumah dan mop lantai




===========================






Thursday, September 23, 2010

DARAH

Dlm dok korek2 email lama ni, ternampak plak tentang email yg bertajuk jenis darah dan keperibadiannya.Jadi sementa itulah wa pastekan kat blog baru wa neh. Kita mulakan dgn kategori darah tuan tanah dulu yer..tattaraaa..

DARAH  AB

Tenang  dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang  jelas terpancar dalam  diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB  ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini  menjadikan individu  yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk  berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu  perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat  keputusan sendiri.Jangan biarkan orang lain membuat  keputusan untuk  diri kamu sendiri.

DARAH  O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan  sebagai individu yang  setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan  dan kebolehan  diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat  ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang  ingin dilakukan  khususnya yang melibatkan kerja-kerja  berkumpulan.
Sekiranya  menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk  mencapai matlamat  tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya  kamu dikatakan  memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu  juga terlalu  serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan  tekanan kepada  diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih  bijak mengawal  emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan  tekanan.

DARAH  A
Keharmonian  dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.  Kamu gemar melakukan  kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan  diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling  mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang  untuk bekerjasama  dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam  diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam  kategori individu  yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun  ada kalanya  kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan  tidak mengendahkan  langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu  diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan  diri pula yang terabai.

DARAH  B
Sempoi!  Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih  selesa dengan  kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu  yang terlalu  jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan  sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya  dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan  fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua  situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak  bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari  dan tidak  gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri  mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.  Kamu harus  ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

BEE,
Kamu darah O kan?? hmmm

Rajin2 menderma dara eh darah

Peace be with you peeps

SUJUD

Lepas satu..satu lagi masalah yg baru datang..bertubi-tubi dan silih berganti..secara naif nya wa akui wa lemah..terlalu lemah nak lalui tiap satu badai yg tak henti2 mendatang..tapi tiap satu bahana yg dtg itu, wa dibekalkan dgn kesabaran yg kala ini wa tercari-cari darimana dtgnya kekuatan tu..Subhanallah!!
Dengan ini secara tak lgsgnya kita dpt rasakan yg kita semakin hampir denganNya..sebab tika bahana datang,hanya dengan menyerah diri sepenuhNya pada DIA adalah jalan ketenangan dan penyelesaian yg sememangnya kita cari..Alhamdulillah..sujud syukurku pada MU YA RAB.

Sahabat,
Terima kasih.
Kerana menjadi sebahagian dari pemudah urusanku dlm menanggani bahana itu.Hanya DIA yg mampu membalasnya, diatas segala-galanya.Kamulah Teman,kamulah sahabat,kamulah segalanya dlm hidupku.Hanya satu yg aku pinta,teruskanlah kesetiaanmu bersamaku untuk sama2 menangkah arus bahana itu kerana aku semakin tidak kuat untuk melaluinya semua seorang diri..terima kasih sekali lagi sahabatku.

===========================

Arini emosi kureng stabil..senyum pun buat2 je..pala otak serabut..jiwa jadi kacau..

Berkesempatan untuk melayan MY NAME IS KHAN smlm..tetiba hati tersentuh tatkala ada satu scene dimana SRK sedang sujud,dan antara dialog yg menyentuh hati kecil wa:

"Kita tak perlu solat ditempat yg kita rasa perlu untuk menjaga hati org lain"



Dan aku akui,aku temui erti kesabaran dan kekuatan itu tatkala aku bersujud...dan sesungguhnya,aku akan terus

B E R S U J U D

========================

Yg pertama

tadaaaa..
Faktor umur bukanlah penghalang untuk ber "blogging" kan?
Muda2kanlah jiwa anda selalu kerana itulah petua untuk sentiasa kelihatan muda(suka ati wat kata pujangga sdr..janji tak kacau laluan traffic kat kl ni wokeh)

Eloo..actually wa dah ada blog tau dulu,cuma wa kena manggakan ketat2 bab banyak sgt rahsia yg tersimpan dlm tu..bkn apa,tak syahdu laaa kutuk2 org dlm tu pastu org lain leh baca..cuba bayangkan andai kata ada org lain wat camtu kat kita..haaa..tak baik kan??Jadi, kerana itulah terkuncinya blog wa yg pertama itu..(alah..takder yg best pun dlm tu..gempak je)

eh eh eh arini Filem Magika sudaaa dimainkan..sape nak pi tgk??jgn lupa..kirakan wa skali..dua kali tiga kali pun takpe..wa lagi suka..



Sinopsis filem ni???
Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.


=====================

Actually pantang org tua2 ni dulu ada betulnya jugak.Bab wa pernah terbaca dlm satu artikel ni tentang Mentari jingga(langit merah erti kata lain..ni time nak maghrib)

1. Org tua2 kata, time ni la antu setan kuar (kalu diukur dr segi islamnya, time ni laa permulaan hari untuk antu setan ni)

2. Ikut dr saintifiknya, time gini, kuasa magnetik dr mentari jingga ni dapat membuatkan daya pikiran manusia ni kuat, sama ada bertindak agresif atau sebaliknya(pakar sains sila betulkan ayat gua ye) kesimpulannya, pada pesakit2 mental atau yg ada gangguan mental, time2 gini la tak sesuai berada diluar rumah,sebab byk perkara yg bakal dilakukan diluar para sedar (dok umah tgk tibi jaa kalu maleh ke mesjid)Ni sama kesahnya kala bulan mengambang penuh, sebab daya tarikan bulan tu, blh memudaratkan pesakit2 mental atau yg mengalamani penyakit halusinasi (hat ni lagi bahaya dr org yg gile)

============================

ish..tetiba plak terdengar2 suara Amy search nanyi lagu mentari merah diufuk timur(ganguan halusinasi ni..syuhhh..pi jauh2)

Ok nak pi lepak sambil pekena cucuq udang kat bawah sat..cuaca kat luar baru lepas dilanda hujan..sejuk..jd perut meminta
habuanya...



chiow!!