BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PESANAN DARI TUAN TANAH:

LiFe Is too sHoRt

So kIss sLowLy


LaUgH iNsaNeLy

&


FoRGiVe QuiCKLy







Thursday, January 26, 2012

OK FINE!!

aku benci orang yg suka bukak wallet tanpa kebenaran

yes FINE!!

Wednesday, January 25, 2012

honeymoon

Bercerita tentang tertinggal flight dgn sahabat disebelah..mengingatkan aku kejadian aku laki bini tertinggal flight dari KB-KL on our honeymoon time..kakaka!!memandangkan cuti mmg kritikal dah habis..so nak tanak kena top-up sorang RM80 (masa tu) keesokan harinya..honeymoon time mmg gua tak kesah laaa..LIKE je..hehehe

oh damn!!
tiba2 plak aku nguit2 nak honeymoon lagik..sigh!!



Sunday, January 15, 2012

G I T U

oh wow!!
Ada suara-suara pitching larikkkk itu bertanya..
"eh u jarang story mori pasal ur hubby..wat happen?"

eh hello hello..
ni blog saya..bukan blog dia (uppss)
sape kata wa tak kesah-kesah pasal wa punya hubby??
Giler tak!

kalo dia kena maki-makian..wa yg panas ati..wa yg maki-makian blk org tu (ni x syg?)
kalo dia ada mslh..wa yg terkinja-kinja selesaikan..wa feeling power rangers (cemni apa kes?)
kalo dia muka kelam sbb jiwa kacau..wa yg buat lawak tergolek-golek supaya dia gelak?

giler tak sayang laki oiiiiii... gitu!

Wednesday, January 11, 2012

JUNIOR

Masih terkejut dgn tindakan Junior aku smlm..gara-gara sakit gigi dia menjerit mcm kena rasuk sambil berkata

"Aqil dah kena balasan Allah"

Ok fine! mak sumpah tak faham sebab dia ckp sambil melalak..bila dah 18 kali dia ulang sebab dipaksa oleh mama nya .. cakap elok2 sikit biar jelas..makanya baru laa dpt difahami..

Justeru itu, tenang la dia dlm dakapan mama nya ..
sambil memandang incik suami aku tersengeh-sengeh..

Junior mama dah besar..

Trima kasih YA Allah!!



Tuesday, January 10, 2012

Jelik dan Pelik

kalau kita ni berkawan..walopun baeeeeek sgt..jgn la semua benda nak sama..sampai laki kita pakai perfume jenama apa pun dia nak tau kan..suka warna apa..cam nak mampus la tu..kan??
Tapi bukan itu yg membuatkan si kwn menjadi rimas tahap gile kentang..yg lebih menjelikkan lagi..style plus fashion si kwn pun dia nak ikut..RIMAS!!

Lepas tu yg tak memasal-masal nak men"saiko" kwn lain utk ber diet..eh u jgn mkn itu..kolestrol..u jgn mkn ini..berlemak..tapi dia mkn nasi+lauk campur..derrr..tu apa? blh diterima kalo ko body Ziana Zain..kan???

Yg kes tak blh mkn coklat..eeee nnt i gemuk!
ada tak ko buat research sblm kluarkan statement..adoinyerrr! Bukan aku suruh ko melahap pagi ptg siang mlm 44 ari 44 mlm..kan???

ni apesal marah bebeno??
walhal dah sambar majalah GLAM (KFCM) tu??
= semua merimaskan!
Pengsan dan pelik

KAN????????????????

haaa dah dah..jgn marah2, meh layan gambo2 ni


eh sape kat sblh tu? uppss tak nmpk tak nmpk..kakaka


Muka teruja berjumpa pak kenny sambil berbaju merah

ni muka2 happy!


haaa berbaloi baloi refill ayaq sampai 3 gelaih..kan?

















Monday, January 9, 2012

K A D A N G kuasa 2

BILA KADANG-KADANG ADA TAPI MACAM KADANG-KADANG TAKDE!
BILA KADANG-KADANG RINDU TAPI KADANG-KADANG TAK PUN!
BILA KADANG-KADANG NAK MARAH TAPI KADANG-KADANG SYG PULAK!
BILA KADANG-KADANG MENYAMPAH TAPI KADANG-KADANG RASA BERSALAH
BILA KADANG-KADANG DAH CUKUP KAYA TAPI KADANG-KADANG MISKIN PLAK
BILA KADANG-KADANG NAK MENULIS TAPI KADANG-KADANG MALAS PULAK


......hehhehhehhheee....


Sunday, January 8, 2012

TERbelajar

mood gua ni ari..EMO !!

memandangan emo kan..wa nak stori mori pasal kejadian2 yg mengEMOkan ajer..

1. EMO sbb kelate kalah ngan NS..EMO sbb last minute baru teringat pasal game ni dan last minute tgk KFCM kena blasah kow2 sama itu awang itam..upsss..sori!

2. EMO sbb hari ahad laaa incik suami ku itu sbk nak keje..kan??

3. EMO sbb "jemputan Umrah" kali ni gile mak sedih nox..ni kesah ibu kpd ank2 tahfiz mangsa tanah runtuh kat Hulu Langat tu ari..mak dia kata dlm keadaan tenang..
"makcik anta dia (arwah) ke sek situ sbb moga dia blh imamkan dan uruskan jenazah makcik bila makcik mati nnt tapi ini sebaliknya..makcik yg mandikan dia dan makcik yg kafankan dia.."

debuk debak ayo mate awok turun menyembah bumi youls..mungkin sbb awok ni pun seorang ibu dan mengharapkan perkara yg sama..tu pasal laa EMO sgt sampai ke arini..YA ALLAH! moga rohnya dikalangan yg terpilih..amin!

OK tamatkan kesah EMO ku ini..aku nak cite pasal sembang2 bersama mokcik2 di dpn umah ketika mengangkat kain ptg smlm.

"hidup kita ni akn smpi satu masa kita nak mencuba benda2 yg kta tak pernah buat dulu2..tu yg jgn terkejut kalo kita dgr si polan tu ha..iman..tapi kena tangkap khalwat ngan ustazah kat masjid tmpt ustazah tu ngajo"

respon aku : WAT????

"pernah kita seskali rasa nak mencuba apa yg kita tak pernah buat dulu2..contohnya kan..dulu2 kita tringin nak naik moto beso..tup2 anak2 dah besar2..dah kurang sket tanggungjawab kita..kita pun beli laa moto tu dan tertonggek je atas moto beso tu lalu dpn bdk2 tgh main bola kat pdg..dah tentu berlalu kita ngan caci maki ank2 muda tu kan?"

respon aku : ah! of kus

"ni satu lagi..kesah si suami yg sgt taat dan syg kan isteri..stlh 22 thn kawen tanpa ada mslh apa2..tup2 ditangkap si isteri kerana berscandal ngan pompuan lain..si isteri asyik bertanya kenapa dan mengapa..tp si suami berkata..semua bkn yg dirancang oleh mereka..tiba2 jatuh chenta"

respon aku : hmmmm..jantannnnn! uppsss

apa yg aku belajar tuk cite ni??

"jgn suka mengata org itu ini..skrg Allah bg cash kat dunia takyah tgg kat akhirat nanti"

======================================





















Thursday, January 5, 2012

TERIMA KASIH

Terima kasih Ya Allah!
Anak2 soleh aku berjaya menguruskan diri mereka sendiri..
Terima kasih Mama Saerah kerana membantu meringankan beban yg sy tanggung..
Terima kasih keluarga Mama Saerah kerana tak pernah merungut jauh lagi berkira dan terus membantu..
Terima kasih Mak dan seluruh ahli keluarga saya kerana kalian semua masih sayangkan saya..
Terima kasih dugaan..
Terima kasih penyeksaan kerana mendewasakan saya..
Terima kasih teman-teman kerana menceriakan saya..
Terima kasih buat segala-galanya



Wednesday, January 4, 2012

P L E A S E

Aku tau apa yg dia rasa..aku memahaminya..sedalamnya..tapi aku bukan seorang yg pandai bermain dgn kata2 utk aku hemburkan kpdnya yg aku mengerti..akan dia! yer! aku seorg yg EGO dan KERAS KEPALA, makanya kerana itu aku gagal memainkan kata2 yg berceritakan tentang HATI ini..agak kecewa tp aku rasa dia mengerti.

Perjalanan hidup yg kita tak tahu bila pengakhirannya..tak mampu utk mengetahui apa yg ada utk kita di esok hari..Demi Allah! utk kesihatan dan ketenanganmu aku berharap agar dpt dikau bersetuju dgn kata2 dan pandangan dari yg lebih mahir dari aku..tolonglah!! biar aku yg pergi dulu..yer..biar aku dulu..sebab aku tak cukup kuat utk menghadapinya..aku tak pernah melalui saat2 getir itu makanya aku tak mahu tahu bagaimana rasanya..

Hari ini kita sayang kat dia..esok hari kita tak tau adakah syg itu msh pada kita atau mgkn pada dia dah takde rasa apa2..teluslah mencintaiNYA lebih dari segalanya..kerna DIA tak pernah sunyi  utk mencintai kita walaupun sesaat..
yer..aku kecewa..sikit kecewa dgn apa yg berlaku kebelakangan ini..kenapa aku di uji dgn ujian yg sebegini..kekuatan ini semakin menemui kekalahan..jgn buat saya mcm ni..PLEASE!!!!!

Bila seorang yg EGO lagaknya menitiskan airmata..dia tak dpt menghentikannya..
Bila seorang yg berlakon bg menutup dukanya..dia tak dpt senyum dgn tulus..
Bila seorang yg kononya kuat ini berkecil hati..dia tak dpt utk memaafkan dgn melupakan segalanya..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<






Tuesday, January 3, 2012

G A T A L $$$$$

D@mn!!

percubaan pertama utk mendaftarkan blog ini kat nuffnang gagal!!
sebab email address yg diberikan tersilap letak as xxx@hotmail.com instead of xxx@hotmail.my (oh me oh my)

dah call Joel pemilik suara yg sexy itu..auww!! nombo tiket pun dah dpt..mcm mana laa blh cuai smlm..mgkn sebab masa nak click "save" tu dah terbau $$$$ ahaiii..mata duitan!!

apa kes tapak tangan kanan ni gatal2?? dah 2 ari tau..siap leh mimpi2 dpt cheque amount RM1k +++ (aloh mimpi je che eda)

mari cekidout meaning gatal2 tapak tangan neh..hiks!

Tapak tangan gatal atau kemerahan- Ia menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah penyakit kulit dan berkemungkinan akan menjadi lebih kronik sekiranya anda sedang stress. Untuk mencegahnya, cuba elakkan tangan anda daripada terkena bahan kimia yang berpotensi untuk menyebabkan allergik pada tangan seperti memakai sarung tangan ketika proses pembersihan atau berkebun. Jika ianya tidak membantu, kemerahan atau kegatalan mungkin berpunca daripada barang perhiasan anda seperti emas, silver, peralatan mekap dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor terhadap bahan kimia yang tidak bersesuaian dengan kulit anda dengan lebih lanjut.

owh jgn nak mengade berandaian kot2 duit selambak jatuh dari langit..mari mengamalkan 7 langkah yg betul mencuci tangan eh..hiihiieeehiiieee...









Monday, January 2, 2012

2 0 1 2

owh dah tahun baru youls..makanya bertambah lagi satu angka la umuq aku..tapi prangai cam bdk pompuan umur 12 thn..terkinja2 sebab baru tau nak ber boipren kat sek menengah...ahaiii!!

okeh, mari bercerita tentang azam thn 2011 lalu..apa yg dah tercapai dan apa yg belum..blink! mari ingat semula..
Damn!! rupanya aku tak menyimpan azam thn lps..upsss..

orait...bio ler awok letok apa azam awok thn ni pulok yak..bio taon dpn awok boleh ingat balik apa ke hey yg udoh dpt ato yg belum taaa..

1. berazam utk menjadikan ank2 soleh itu best student (dulu2 terabai)
2. mengishtiharkan hari Ahad adalah hari aktiviti2 sefamily tapi hari utk memasak (bekpes, lunch, hi-tea, diner..tudiaaa)
3. akan sentiasa bersihkan rumah supaya kelihatan memancorrrr
4. berjimat cermat sebab nak beli harley davidson..hehe..
5. nak stop buat aktiviti bersosial dan tumpukan dgn mengajo anak2

isk..cam byk sgt plak..
takpe2..tu tajuk filem..drama2 kecil takyah senaraikan..BUAT JE!!

aktiviti 01012012 kami :

owh saya bajet najwa latiff..

1st time naik LRT ngan pakai token ni..

tiket masuk ke Petrosains..bebudak RM5..dewasa RM15

KLCC @ promosi roti



eh nape gambo aqil blur?? haaa sbb gaduh..tu je la keje derang siang mlm!


((ape hal takleh tekan ENTER ni))