Berkesah Tentang SAKIT
Untuk apa DIA beri kita sakit?
Moga kita tak lupa pada DIA.
Sebab apa DIA beri kita sakit?
Moga kita kenal siapa diri kita.
Tapi salunya kita mengeluhkan? sebab kita rasa cam satu bebanan buat kita. Aku pun camtu, aku manusia biasa yg tak pernah lekang ngan kebodohan dan keangkuhan aku sendiri. Hati ni suka berdesih, hati ini suka berprasangka.
Ahad lepas tetiba tekak aku luka walopun aku tak demam dan batuk. Memandangkan aku dah ada history pernah takleh bercakap selama 2 minggu dulu gara2 tekak luka, aku jd trauma.Bkn setakat takleh bercakap kak limah oiiii, nak telan "ayo lio" pun sakit.Ater..awok yg mulut tak reti penat bercakap ni tetiba diam tak ke namanyer pelik?tapi siyes...azab!
My Little Aqil plak demam. Moga Aqil cepat sembuh yer!
Neway,
Anak2 didik netball aku kalah mati kat terengganu sabtu lepas.Takpelah, atleast kita dah usahakan.
Sedikit renungan buat kita bersama:
Ibadah-ibadah yang Menyihatkan
Tuesday, June 28, 2011
S A K I T
Posted by Che Eda at 1:56 AM 0 comments
Wednesday, June 22, 2011
sumpahan si pemalas
Arini aku ke TADIKA PASTI bagi mendapatkan laporan pertengahan tahun buat anak kedua aku - ADAM DZAIRI. Mungkin pada org lain keputusan dia tidak memberansangkan tetapi pada aku..iannya amat TERUJA! guess wat..walopun dia bkn 5 teratas dlm kelas, tp dia kategori GRED B dan subjek2 yg dia ambil "mejaroti"nya A (alhamdulillah)
Kol seblas baru aku masuk opis.Semua dah senyum sinis(eloo..aku kan bosssss..eheh)
Dipanggil plak utk mengadap HR(thot kena buang keje)rupanya HR nak brief pasal ESOP plan(yg dibangga2kn sgt oleh derang)Penerangan yg diberikan kurang jelas dan difahami jd aku bertindak dgn cara bertanya pada yg mgkn lebih PRO ngan urusan saham ni.
Semalam,
SUMPAH!aku mmg malas nak keje..bkn setakat malas keje je..mls nak cakap dan berjumpa org skali..itulah istilah buang tebiat.Sepatutnya aku ada appt ngan dentist.Tapi dlm kemalasan yg memuncak,setelah beberapakali dipaksa sisuami,aku gagahkan diri ke MBSB.Nak check pasal housing loan.Bank kat malaysia ni mmg membosankan.Kelayakan pemohon yg diminta melampau,tu lom kira ngan interest bulanan.Patutla ramai org ambil jln singkat berurusan ngan si AHLONG.Tapi wa tak aaaa..simpang!
Posted by Che Eda at 11:17 PM 0 comments
Monday, June 20, 2011
ayah.dad.abah.papa.bapak.ayah.walid.appa etc
19th June 2011:
Merupakan hari bapa..tuk bapa2 diluar sana,slmt hari bapa dan bebaikla mem'bapa'kan diri.Kamulah ketua keluarga,kamu selayaknya membentuk dan melakar bentuk keluarga kamu.
Buat si Suami TUN(ni dia memandai sdr) Zairi Yakof,
Dari Dzairi's JR dan Mama laser mengucapkan
"v uols syg bangat sama kamu!!"
Buat Ayahandaku yg tercinta(Abd Halim Meor Idrus (walopun aku tak pernah ingat sebarang kenangan bersamamu) ikhlas ingin aku luahkan jauh dari benak hatiku.
"Moga disyurga nanti kita ditemukan..Acix syg sama kamu"
Buat ayah Mertua (Yakof Kassim) walo buruk dan mgkn ada sikit je baik aku ni..tapi kamu seorang yg ikhlas menyayangi menantu hantu mu ini..sayang juga sama kamu!
Sepanjang hari sisuami dirumah.Menemani si isteri yg mood tak brapa nak hepi bersama ank2 yg kemain lincah menyepah rumah (umang aii..azab!) dan disuami terpaksa mengikut kehendak siisteri yg rakus utk mengubah kedudukan perabot(again?)
Posted by Che Eda at 9:17 PM 1 comments
Thursday, June 16, 2011
MAJUK
Nyampah sial..ngan org yg suka maksa-maksa ni..sebab aku sendiri pun tak suka memaksa org.Kejadahnyer nak sentap2 tak kena pasal.Lantak kat engko la..tak sio nak mujuk2.Sari dua tu elok la balik (agaknyer ler)
Posted by Che Eda at 9:09 PM 0 comments
Monday, June 13, 2011
Redha
Aku mencuri kelapangan waktu yg aku ada setelah berbulan paparan ini aku tinggalkan. Banyak kejadian yg berlaku sama ada baik atau yg tak suka aku dengar, hakikatnya inilah kehidupan, suka atau tidak aku harus terimanya.
Adik bongsu aku dah selamat melahirkan anak dara "Aqilah Nur Ain". Pada saat aku melakarkan kegembiraan di paparan ini, Aqilah dah 4 bln..Masa..terlalu mencemburi dan terlalu pantas berlalu meninggalkan aku..yg bernama manusia..yg kerdil dan yang lemah ini.
Hari ini, aku dpt berita yg sahabat karib aku telah pun meletakkan jawatannya dan berkuat kuasa 1 Julai aku skali lagi ditinggalkan..berseorangan walaupun teman2 karib yg lain masih disini.Akan aku bawa kemana sahaja kenangan kita bersama..InsyaAllah!
Kenapa mesti adanya perpisahan?Sumpah aku katakan..benci utk menerima hakikat..sakit dan perit..tapi hidup mesti diteruskan!Tak tau sampai bila aku akan bertahan disini...demi susuap nasi..demi anak2 yg semakin membesar..selagi ada nyawa ibu tercinta..atau hingga ke hujung nyawa..segalanya perkiraan DIA..aku redha buat segalanya.
Ya Rab,
Sesungguhnya kesedihan menguasai perasaan dikala ini.Temukan aku dengan kekuatan yg aku cari..dengan menyebut asmaMU.
Posted by Che Eda at 5:04 AM 0 comments