BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PESANAN DARI TUAN TANAH:

LiFe Is too sHoRt

So kIss sLowLy


LaUgH iNsaNeLy

&


FoRGiVe QuiCKLy







Thursday, October 28, 2010

M A T I

R.I.P Embah Johor pada tanggal 28/10/2010.

Definasi tentang Kematian:

Adalah suatu yang pasti dihadapi oleh setiap insan bernyawa. Namun, kematian yang mendatangi manusia itu tidak diketahui detik, masa dan tempatnya. Semua itu termasuk antara rahsia Allah swt.Kematian ialah proses terputusnya hubungan di antara roh dan jasad.

Hanya 3 perkara yg dibawa:

1. Amalanya ketika dia hidup
2. Doa dari anak2 yg soleh/solehah
3. Ilmu yg diajarkan semasa hidupnya
Terkesan dgn kematian ini kerana memberikan aku seribu satu perasaan.Sepanjang jenazah diuruskan,ligat bermain dikotak pemikiran aku,bagaimanalaaa agaknya jika aku ditempat itu...Sempurnakah jenazah aku??

Dengan namaMU Ya Rab..dengan AsmaMU..
Aku memohon,semoga aku dlm golongan orang2 yg terpilih olehMU..Amin!



===================================

Plan nak melawat wiken ni terpaksa dibatalkan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.Bertiga je ke Muar smlm,anak2 masih ngan bbsitter..usai urusan jenazah,terus ke Kuala Pilah menganto Donut yg diorder "ank buah" yg sorang tu.Smpi umah dah kol 9.30pm tapi cam besa...sempat singgah pekan Tangkak..soping harusssss hiks!

Tuesday, October 26, 2010

PUAS

YEZZZAAAA.....PUAS ATI...PUAS ATI..HAHAHAHA!! (gelak org jahat)

Sunday, October 24, 2010

U deserve it!!

What u give..u get back..u deserve it bebeh!!

- Kata mak tak baik buat org camtu(abis tu dia leh plak buat kat ai camtukan??)
- Kata mak lagi,kalu kita buat kat org nnt kena batang idung kita balik(so turn dia la skrg ni kan!)

Memang tak baik..memang tak elok..tapi sebagai pengajaran..supaya dia tak buat kat org lain plak..supaya dia tau menghargai perasaan org lain..sebab tak mustahil kalu dia buat kat ai kali ni..dia akan buat kat org lain jugak..tol tak???

Ai dah serik..
Pada ai..cukuplaa terkena dua tiga kali..selalunya kali yg ke 4 ai tak kasi peluang dah tau..tapi kali ni ai bgs sket..ai darabkan dua ngan tiga tu..so dia ada 6 peluang..dan dia telahpun menggunapakai peluang yg dia ada..takder lagi talian hayat tu utk dia..ah!!skrg kau rasakan..HO HO (gelak org jahat)

========================= 

Ahad lepas, memandangkan si suami takde projek2 yg harus dia habiskan, wa roger la Dak Lia, mengajak berpicnic ditepian sungai(limited beno sungai kat KL ni)ikut plan awal nak ke Kemenshah(wa dgr tmpt tu keras..bkn keras sbb berbatu.."keras"..u knw "keras"??eee tak suka tau uols ni..

Menyiapkan santapan untuk berpicnic nanti..serba sederhana je..tapi nasi putih masak kemain la byk,mcm nak buat kenduri daaa..last2 minit tukar lokasi..BKT BELACAN>AMPANG..eh eh eh memori..memori..memori..ketika diampang..menggamit kembali..layannnn (picture hutang dulu erk..jgn mare)

Tak sehebat Batu Hampar Paya Lintah ai tell u!!


Wednesday, October 20, 2010

Pueh ati

Pepatah kita tuk arini...Pinggan tak retak nasi tak dingin..

Jangan plak kau yg terhegeh-hegeh menagih perhatian wa plak nanti yer..dok la situ..tepu dan membisu..wa takdenyer nak terhegeh-hegeh dan gedik-gedik nak bertanya..anyway thanks..kerana berjaya buat wa terbiasa ngan cara sebegini..lebih tenang lagi menenangkan.

=========================

Setelah kesilapan yg pertama tidak berulang(tersalah redeem voucher)hasil yg terkumpul menceceh RM500(baki lagi RM50 simpan tuk ari tua..keke)jadi kaki ni laju ke menapak ke JJ,siap memaksa si suami dtg ke lokasi secepat yg tercepat dan termampu olehnya..phone bergegar.."ai dah sampai yank!"
Shut down Laptop tanpa melirik jam ditangan yg baru mencecah jam 5ptg(OMG!!waktu keje lagi noks..selamba!!)

RM500 celah gigi ye anak2..mak leh habiskan tak sampai 30 menet pun..

andai kata RM500K...pergh!!tak pakai kasut tumit tinggi ni..selipar jepun jaaa..mana leh tahan beb..byk department nak kena pegi..mana maunya nak berkasut tinggi ye tak?









Tuesday, October 19, 2010

20.10.2010

20.10.2010(patut update blog ni pada jam 10.20..terlepas..peluang satu lagi ada..pada jam 20.10 but I've no internet connection at home...wa akan terlepas lagiii..hiks)

Mahu berkesah tentang "liat nak bayo utang"

Spesis ni banyak..tumbuh melata..lebih dari cendawan yg tumbuh selepas hujan(tak caya??)tepuk dada tanya selera kata pepatah..tapi ni kes takleh nak tumbuk dada dah..rasa nak tumbuk muka si penghutang ja..bikin ati wa panasss..Kita tgk apa dia nak buat mlm ni..itu janji dia tadi..Moga dibukakan pintu hatinya untuk menerima hidayah Illahi..amen!!


qhimeh ngan spesis2 itu..tlg bawak derang pi jejauh..

Monday, October 18, 2010

K E C E W A

K E C E W A
Bila apa yg diinginkan tak dapat,
Bila apa yg diimpikan musnah,
Bila kasih yg diberi tak berbalas,
Bila rasa dirinya didustai,
Bila rasa diperbodohkan,
Bila yg dikejar tak dapat,
Bila yg mengejar semakin membosankan,
Bila yg bosan semakin merumitkan,
Bila yg rumit tiada penyelesaian,
Bila penyelesaian tiada jawapan,
Bila jawapan hanya tinggal jawapan...

Isk...P A R A H

KENAIKAN GAJI??? toksah mimpi...sigh!

dan jemari lingat menaip jobstreet.com...GO BABY GO!!

Sunday, October 17, 2010

Tak Tahan

Hah!! MC lagi jemaat aritu..gara2 si geraham yg semakin hari semakin menyakitkan..nak tanak kena pi cabut jugak..sib baik BEE punya sepupu staff senior kat situ..takde la berjanggut menunggu..besalaa spital gomen ni..kena pakai cable..kol 11 daftar kol doblas dah selesai.


Tangan wa gatalnyer nak snap sementara tgg Dentist tu menyiapkan "peralatan perangnya"..tapi memandangkan mood wa dah swing2 kala itu, wa abaikan je laa..siap ngan scan image bagai..tapi tu lah!!haiz..angin dah tak betul..hiks..hasilnya??mekaseh pak google..ngeee

Mekaseh BEE,
sepanjang wa terbaring ni..abis umah lu kerjakan(tu pun puas bukak ceramah perdana)akhirnya selesai gak kerja2 umah disiapkannya..syabas!camtula suami mithali.hiks!

Mak,nyah,angah,pakyang dan makyang dtg ke umah mlm sabtu aritu(secara mengejut..sib baik umah tak mcm jin bertendang)bagi melawat Embah yg sakit(Get well soon Embah).Ahad ke kenduri kawen ipar si Dak Mas plak(masa ni wa dah nak tumbang jer..kepala cam ada batu besar)jadi..isolate je kat tepi dewan tu,siyes nak pengsan..anyway..selamat pengantin baru!!Time2 sakit gini..tekak ni rasa nak makan memacam(ni normal ke kes buang tebiat ni??)



Ahhhh.. MANA LEH T A H A N

Wednesday, October 13, 2010

Isolation

Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dan dingin
Kehadiranmu didalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar hilang
Siapa sebenarnya aku padamu
Aku sendiri terkeliru
Kau mengharapkan aku sentiasa
Mengerti terima saja
Apa yang terjadi
Diri mawat terpinggir
Terkadang dipuja kadang tersingkir
Hati disebalik tenangku
Bagai kaca musnah
Terhempas ke batu
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu didalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar hilang

I S O L A T E

Misi untuk kali ini..Adios!


Tuesday, October 12, 2010

SIALAN

siyes cam SIAL bila dpt message yg berbunyi begini:

I will sms u
Till Bz jgn buzz i ye

Motip??
Aku je yg perlu hidup ikut kehendak lu??elooo...silap beso ler!!Aku punya suka apa aku nak buat,nak buzz lu kaa,nak menyepikan diri ka..aku punya suka wokeh!!

Lagi satu pasal SIAL:
Sembahyang 5 waktu tak pernah tinggal.Nama saja dah TUAN HAJI tapi keje menipu org.Makan kudrat org.Tak berduit buat cara tak berduit toksah pusing2 citer.Tol tak??ni cakap macam baguih,tapi habuk pun tarak,lagi mau kwang ajaq!

Nasib baik wa tak puasa ni ari.Kalu tak puasa kering je laa kata mak gua.Pahala zero.Silap2 -ve terus.

HANGIN SATU BADAN

gambar hanya sekadar hiasan..abaikan..keke

Monday, October 11, 2010

co-incident

CO-INCIDENT!!

Berdepan ngan masalah bersama manusia2 yg tamau bekerjasama ngan misi October wa..kedua2nya kebetulan nama bermula ngan "AL..XXX"

Kesimpulannya,
Tiap satu kejadian ada hikmah dan percaturan yg tertentu dari Yang Maha Satu..jadi..R E D H A..P A S R A H..

Sunday, October 10, 2010

JAHAT

Ada je spesis yg takleh senang bila tgk orang lain senangkan?Derang nak apa actually??Dan ada juga spesis yg saling tak tumpah bagai melepaskan anjing tersepit..lepas sesak dia je..tak ke cam harem??Time nak mintak tlg kita kemain manisnya mulut,abis madu,sepah dibuang..pi mampuih la lu pasneh!

10.10.10
Takde apa yg special,plan nak tgk wayang tapi tak jadi..kemalasan yg memuncak,lepak kat umah ja and petang sket baru mengemas,si suami sgt rajin ni ari gara2 bihun sup yg dibuat terlalu menyelerakan(ni ayat dia ye)

Neway: selamat pengantin baru kepada angkawan pertama malaysia (DR Sheikh and Dr Harlina) juga kepada teacher Melly..moga diRahmati Allah selalu hendaknya..amin!

Jahatnya kamu!!ai suka lagu tu noksss...GO BABY GO!!


Tuesday, October 5, 2010

HATI

Anda berminat untuk menderma darah?sebelum menderma..pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 5 jam sebelum sessi menderma bermula..haaa..jangan aku diganggu malam ini yer..no sms..no mms..dun knock my door as well ye..mekaseh..Si suami tak berapa nak setuju bila permintaan ini diluahkan pagi tadi...lalalala

Al-Fatihah buat YOEP PIE sekeluarga..diatas pemergian YONG ANI..wa maaf dan halalkan mana2 yg patut..walopun hakikatnya sakit nak dibuat..sedangkan nabi lagi mengampunkan umatnya ni kan kita sesama manusia..ye dak??jadi..wa mahapkan!!hati sendiri jadi bersih..petua nak nampak muka sentiasa muda(ouch!i like)

========================================

HATI yang bersih selalu kita kaitkan dengan amalan-amalan penyucian jiwa. Nak jadikan hati bersih, maka cucilah hati. Bila selalu sangat tidak dicuci, lama-lama kekotoran itu dah terlalu sukar untuk dihilangkan. Hitam dan terus menghitam.
Hati ni sama saja dengan peralatan-peralatan di rumah kita yang lain. Pinggan, mangkuk, sudu dan apa saja barang yang kita ada, kalau jarang dibersihkan, jarang juga dijaga, berkaratlah jadinya nanti.
Nak bersihkan hati ni, saya nasihatkan jadilah kita seorang yang pemaaf. Nak jadi seorang pemaaf pula, jiwa nak tak nak mesti kena bersih.
Bila hati tak suci, susah nak jadi pemaaf, payah nak memaafkan orang lain. Sebab hanya orang yang bersih hatinya saja yang mampu memaafkan orang lain.
Kenapa kita selalu diselaputi dengan rasa tak puas hati, dendam, marah dan kecil hati terhadap seseorang? Bila kita cuba nak memaafkan mereka, tetap juga hati tetutup untuk cuba menjadi pemaaf. Kenapa jadi macam tu?
Sebab itu saya sebut, jadilah kita seorang pemaaf. Selalulah ingat bahawa seorang yang pemaaf ini adalah cerminan wajahnya, juga melambangkan bersihnya hati seseorang itu. Pemaaf tak bermakna anda kalah. Pemaaf juga tak bermakna bahawa anda berada di bawah.
Percayalah bahawa seorang pemaaf itu sebenarnya adalah seorang juara. Andalah yang berada di atas. Sebab anda berjaya mengatasi nafsu dan rasa tinggi hati terhadap manusia lain.
Berubahlah dari sekarang. Semoga kita menjadi insan-insan yang sentiasa memaafkan orang-orang di sekeliling kita.
Hati yang bersih adalah cerminan-cerminan wajah dan diri kita.

Credit to blog sangmentari


Monday, October 4, 2010

kesah wikenku

Tetiba mood nak mengupdate blog ni datang..SELAMAT DATANG...keke

Kesah Aju wa jadikan tauladan..tahniah utk dia adik badik kerana masih ada keserasian yg kadang kala tak semua keluarga ada..tataula kalu dugaan yg sebegitu dtg pada family aku,adakah kami adik badik ada keserasian yg camtu..moga dilindungi barakahMU Ya RAB!

Sabtu lepas ke open house umah sogi,patut ptg tu ke umah Odah kat Sg Buloh.Memandangkan Adam dan Aqil muntah2 dan demam panas,wa hanya berkesempatan ke umah Sogi.Itu pun Adam dah lembik.

Tido kat umah Dak Lia mlm minggu aritu.Ptg ahad baru Si suami dtg menjemput,siyes tensi satu badan.Smpi je kat umah,dia kasi wa RM then soh wa pi wat facial (wat a life!!)Jari jemari laju je contact KORUM ngajak gegar panggung..mula nak khatam citer eat.pray.love tu skali lagi, skali ioi tak main daaa citer tu..cit!!ampess..layan laa citer burung antu..antu pun antu laaa..1st time tgk citer 3D..blasah je la..



Masa dinner tu,sahabat membuka topik tentang kecurangan.beremosi sungguh dia bercerita bila chenta hatinya berlaku curang pada dia.CHENTA..katanya indah tapi PARTNER yg membuatkan kepala dan hatinya sakit..sigh!!ada apa dengan chenta itu..wa sendiri kureng pasti..tapi saat mula2 jatuh dan dilamun chenta..ouch!!manis sungguh saat itu..layakkah aku dipertemukannya kembali?? (toksah nak mimpi..gedebik)